Monday, July 30, 2012

Tidakkah kamu tahu bahawa dunia ialah pentas ujian.


Kamu berkata :

Kenapa tuhan jadikan manusia tu cacat dan x sempurna seperti manusia yg lain. Mengapa tuhan ciptakan manusia tu ada yg buta, pekak, ketot ,tidak berkaki dan bertangan?

Dan mengapa kamu rasa keELOKan tubuh badan seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?

Kenapa tuhan jadikan budak tu "down syndrome"? Apakah dia tidak layak utk hidup normal sprti manusia lainnya?

Dan mengapa kamu rasa kesempurnaan akal fikiran seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?

Kenapa tuhan tak menjadikan rupa semua manusia itu kelihatan cantik? Kenapa ada yg cantik dan ada yg hodoh pd pandangan manusia?

Dan mengapa kamu rasa kecantikan seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?

Kenapa tuhan tak jadikan semua manusia tu kaya? xdalah wujud orang miskin yg sengsara utk menjalani kehidupan seharian.

Dan mengapa kamu rasa kekayaan seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?

Kenapa tuhan tak mentakdirkan aku bersama dgn orang yg aku cintai? Kenapa mesti aku tidak boleh bahagia dan mesti merasakan kekecewaan krn si dia tdk mencintai aku sbgaimana aku cintakan dia?

Dan mengapa kamu rasa insan yang kamu cinta itu mampu bahagiakan kamu?

Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu dan apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu.

Kenapa tuhan membiarkan sesetengah manusia menzalimi sesetengah manusia lainnya?
Mahukah kamu tahu sesuatu?

Kenapa tuhan timpakan penyakit sebegini padaku dan membiarkan aku hidup dalam kesengsaraan?
Sekali lagi, Mahukah kamu tahu sesuatu?

Dan berbagai persoalan lain, seolah-olah Tuhan itu tidak adil dalam pentadbiran-Nya.

Tahu kenapa kamu berfikir sedemikian? Sebab kamu tidak beriman akan hari akhirat dgn sebenar-benarnya. Kerana kamu menganggap dunia segalanya sehingga lupa bahawa kehidupan yangg sebenar ialah di akhirat kelak. Kamu menganggap dunia segalanya sehingga kamu berasa berputus asa apabila DIUJI dgn kesusahan.

Tidakkah kamu tahu bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah utk sementara waktu? Kita semua Diuji di dunia ini dan hasilnya akan kita perolehi di akhirat kelak.

Kita bukan hidup di dunia ini utk selama-lamanya. Kita akan mati dan akan dihakimi oleh Allah kelak.

Maka, Jika kamu perolehi berbagai KENIKMATAN dan kebahagiaan di dunia,ingatlah bahawa ianya bukan untuk selamanya jika kamu tidak tahu bersyukur.

Dan jika kamu dalam KESENGSARAAN, ianya juga bukan utk selamanya jika kamu tahu untuk bersabar.

Maka, usahlah sering menyalahkan tuhan akan takdir yg dijalani oleh kita.

Bersabarlah menghadapi UJIAN di dunia ini. Bersyukurlah apabila diberikan kesenangan dan kenikmatan.

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah UJIAN semata. Kehidupan dunia bukanlah permulaan dan pengakhiran. Kehidupan dunia bukanlah kehidupan abadi.

Dan siapalah kita utk mempersoalkan akan aturanNya? Apa yangg kita miliki? Bumi yangg kita tinggal padanya diciptakan Oleh Tuhan. Diri kita sendiri diciptakan oleh Tuhan. Segala isi langit dan bumi juga diciptakan oleh tuhan. Kita terus hidup pada hari ini pun kerana tuhan membenarkan jantung kita terus berdegup. Kita tidak miliki apa-apa pun. Kita langsung tiada hak utk mempersoalkan ketetapan-Nya.

Firman Allah S.W.T :

(35) ”Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan.”

(Surah Al-Anbiyaa')

(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Al-'Imran)

Dan mahukah kamu tahu sesuatu?

‎(7) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang LEBIK BAIK amalnya.
(Surah Al-Kahf)

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Quran 67:2)

Dan mahukah kamu tahu siapakah orang-orang yang bertuah itu?


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) Demi Masa!
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
(3) Kecuali orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH, dan mereka pula berpesan-pesan dengan KEBENARAN serta berpesan-pesan dengan SABAR.
(Surah Al-‘Asr)

Dan mahukah kamu tahu lagi?



Mulia di sisi Allah hanya kerana TAQWA :)

Dan mengapa kamu rasa kecantikan, kesempurnaan tubuh badan, ketinggian ilmu, kekayaan dan pelbagai nikmat lain menjadikan kamu mulia di sisi Tuhan?

Ketahuilah bahawa segala nikmat kekayaan, kecantikan ,kesihatan, nama, pengaruh, pangkat dan kebanggaan dengan pengetahuan dan bakat kelebihan/kemahiran yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sahaja bagi kita menjalani kehidupan sementara di dunia ini.

(13) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-Rahman)

Maka kita sebagai hamba, Wajib berserah diri sepenuhnya kpd pemilik jantung kita ini. ~Jantung ini masih berdegup kerana Allah izinkan.

Jika kita membantah akan ketetapan hokum hakamNya, maka kita ialah orang kurang siuman kerana tidakkah kita tahu bahawa, Kita tidak akan merasa pun hidup di bumi ini kalau Allah tak cipta kita.

Yg menjadi milik kita hanyalah amal soleh. Itulah perkara yg akan membawa kita ke neraka atau ke syurga~

Tanpa amal soleh, Muflislah kita.
Daa~

Monday, July 9, 2012

Cinta itu buta?X lah. Manusia yg buta.

Mari kita Mulakan~


Manusia jawab : Aku ialah makhluk ciptaan Allah s.w.t. Aku merasakan kehidupan di dunia ini kerana Allah s.w.t yg telah jadikan aku. Nyawa aku ialah milik-Nya. DaripadaNya aku datang kepadaNya aku akan kembali.

Tiada apa yg aku miliki~ Semuanya hak milik Allah~

Ketahuilah bahawa segala nikmat kekayaan, kecantikan ,kesihatan, nama, pengaruh, pangkat dan kebanggaan dengan pengetahuan dan bakat kelebihan/kemahiran yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sahaja bagi kita menjalani kehidupan sementara di dunia ini.

Maka sebagai hamba, Aku wajib berserah diri sepenuhnya kpd pemilik jantung hatiku ini.
~Jantung ini masih berdegup kerana Allah izinkan.

Jika aku membantah akan ketetapan hokum hakamNya, maka Aku ialah orang kurang siuman kerana tidakkah aku tahu bahawa,
aku tidak akan merasa pun hidup di bumi ini kalau Allah tak cipta aku.

Yg menjadi milik kita hanyalah amal soleh.
Itulah perkara yg akan membawa kita ke neraka atau ke syurga~

Tanpa amal soleh, Muflislah kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terus kpd topik~

Apakah hokum lelaki mengorat tunang / isteri orang?
Hukumnya haram.

Rasulullah bersabda bermaksud: Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya.
(Hadis riwayat Bukhari).

Sabda Rasulullah bermaksud: Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.
(Hadis riwayat Muslim).

Lelaki lain skit ye,

Apakah hokum wanita mengorat tunang/ lelaki orang?
Jawapan : Perlu diketahui lelaki boleh kahwin 4.
So, paham2 jela. :D

ha.. apa bisikan kat hati tu? =p
Ingat nyawa kita milik Allah~~

Macam-macam bleh jadi kat dunia ini. Sedangkan suami isteri berkahwin berbelas tahun, . Anak dah ramai sebanyak pasukan bola sepak pun bleh bercerai~. Inikan tunang orang dirampas??~ :D

Tiada istilah rampas merampas di sini,Kalau cinta hati kopergi kpd orang lain,
Awek ko kena kebas, Pakwe kena kebas,
Itu maknanya jodoh ko sampai di situ sahaja.

Apakah hokum mengorat awek/pakwe orang?

Jawapan : Boleh aja slagi dia tak bertunang/berkahwin. .

Lelaki kata : Apsal lak camtu? .
Jawapan : Ko dah suka cepat2 la pinang bos...
“Jangan tunggu lama2, nnti lama2 dia diambil orang... kekeke”

Tentang Poligami~. Biasalah perempuan.
Hakikatnya tiada wanita suka dimadukan. .
Tetapi wajib diketahui ini ialah KEBENARAN daripada Allah s.w.t. .

(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, .
(Surah An-Nisa)

Sebenarnya kalau mampu, lelaki dipertanggungjawabkan 2,3 atau 4 isteri. .
Kalau tidak mampu berlaku adil, maka hanya 1.

Tapi kalau nak bercakap pasal adil~

(129) Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh(hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah An-Nisa)

Apapun, kita teruskan~~

Sy ada printscreen~


sumber : http://vanilastop.blogspot.com/2012/07/ramai-wanita-belum-kahwin-lelaki.html

Nak berkualiti je~ ~ haha

Ntah betul ke x la dakwaan mereka bahawa jumlah lelaki ngan perempuan seimbang. Haha Apa2 jela. . Tapi mengikut statistic di DUNIA ini. Memang jumlah wanita melebihi jumlah lelaki. Banyak berlaku perang lelaki mati, byk lelaki menagih dadah rosakkan diri , merempit mati katak di jalanraya, dan macam2.

Tapi itu bukanlah masalahnya... . Ramai perempuan ke, Ramai lelaki ke, Apa-apa sahaja yg ditetapkan Allah, kita wajib taat. .
Tolong jangan tanya kenapa~

So wanita, kalau lelaki anda berkemampuan, anda tidak boleh larang mereka kahwin lagi. .
Itulah cara wanita beriman. MEMBENARKAN kalimah Allah s.w.t~.

Tetapi lelaki kena ingat! . kalau anda x berkemampuan, maka anda tidak layak kahwin lagi. Kalau cukup2 makan, cmne nak tambah cawangan? .

Maka perlu ada pertimbangan yg baik di situ.

Apapun wanita, Cemburu ini semua kat dunia je.
Nanti kat akhirat dah tiada rasa cemburu tu dari dalam hati.

Kita kena faham bahawa dunia ini pentas UJIAN semata-mata.

Kita tidak akan merasakan hidup kat dunia ini pun kalau tuhan tak cipta kita, Kenapa kita mahu membelakangi hukumNya?

Nak bantah itu, bantah ini, Sekali tgh bantah-membantah nyawa diambil cmne? Terus diam x bernyawa.

Kita mampu gerakkan stiap anggota badan kita kerana Tuhan Izinkan. Ingat tu~

Kerana itu kena faham apakah yg dimaksudkan dengan Muslim. Yakni menyerah diri bulat-bulat kepada segala ketetapan Pencipta diri kita.

Cinta mutlak hanyalah kepada Allah S.W.T.

Cinta sesama manusia tidaklah mutlak. . Manusia2 ini hanya teman sementara di dunia dan boleh jadi teman selama-lamanya apabila cinta itu berteraskan cinta kpd Allah.
Nak Bercinta? Biar sampai ke syurga~~
Bagaimana nak sampai ke syurga? Dengan membenarkan KALIMAH ALLAH S.W.T

Seperti yg kita lihat hubungan cinta manusia di dunia ini,

Bercouple ngan org lain, Kahwin dgn org lain. .
Berkahwin lain selepas bercerai. .
Berkahwin lain selepas kematian isteri/suami. .
Berkahwin lebih dari seorang. .
Berkahwin selepas mencapai peringkat andartu/bujang terlajak. .
Dan X Kahwin2 sampai mati. .

Tiada cinta sehidup semati antara manusia. Samada laki PERGI dulu atau perempuan PERGI dulu. . Seorang lelaki bukan hak milik mutlak bagi seorang wanita. . Dan seorang wanita bukan hak milik mutlak bg seorang lelaki.

Kalau kita hidup kerana Allah s.w.t semata, maka kita akan redha dgn segala ketentuan Allah.

Sedang hati kita gundah gulana mengejar cinta si dia~


Kita terlupa bahawa ada manusia yg tidak sempat pun kenali apa itu CINTAN CINTUN sesame lelaki dan wanita~


Sedang kita sibuk bantah hokum-hakam dari Pencipta diri kita~


Ada orang lain sedang bertarung nyawa menahan sakit di luar sana. Ramai di luar sana, pelbagai penyakit kronik yg menimpa mereka. Berapa byk org2 di luar sana yg tiada masa utk lgsung memikirkan pasal cinta, Awek/pakwe dikebas?tunang dirampas? Poligami? Mereka kata, Amenda tu? Poligami? Yang aku tahu polygon,hexagon je.


Muda lagi mamat ni, 23 tahun tak silap aku. Dah Pergi dah~~ Semoga Tuhan merahmatinya. Amin

Dan sedang kita berbantahan itu dan ini~ Ada orang lain sudah “GAME OVER” di dunia ini~


APA ERTI HIDUP INI SEBENARNYA?

Tiadalah dinamakan kehidupan melainkan UJIAN semata-mata.

Manusia bila-bila boleh berubah hati. Cinta tidak boleh dipaksa. .
Kerana itu jangan jadikan lelaki/wanita sebagai “tujuan” hidup kita. .
Dengan itu tiadalah kita merasa berputus asa apabila ditinggalkan si dia.
Jadikan Allah S.W.T sebagai tujuan hidup kita di dunia~

Kita redha dengan ketetapan Allah, Maka Allah redha dgn kita. . Kesusahan di dunia ini sementara, Nikmat Akhirat adalah selamanya, .
Bersusah-susahlah dahulu utk SEMENTARA,
Supaya kita dapat Bersenang-senang kemudian utk SELAMANYA.

(115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" .
(Surah Al-Mu'minun)

(2) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "KAMI BERIMAN", sedang mereka TIDAK DIUJI (dengan sesuatu cubaan)? . (3) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang BERDUSTA.
(Surah Al-Ankabut)

(214) Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). .
(Surah Al-Baqarah)

Firman Allah swt dalam surah Adh-Dhariyat : (56) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(35) ”Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan.”
(Surah Al-Anbiyaa')

(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-'Imran)

Nak bantah Membantah?
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah UJIAN semata-mata.Daa~

DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita akan kembali~