Sunday, September 9, 2012

Kaya Belum Tentu Bahagia, Miskin Belum Tentu Sengsara.

Kita tidak akan merasa CUKUP dengan apa yang kita ada kerana kita sering memandang kepada lebihan nikmat yang diberikan kepada orang-orang lain. Lebih-lebih lagi apabila nikmat itu tiada pada diri kita.

Ada baiknya kita memandang kepada orang-orang yang berada di bawah kita, yang tidak merasai nikmat seperti kita, yang lebih sukar untuk menjalani kehidupan seharian berbanding kita supaya kita BERSYUKUR dengan apa yang kita ada.


Mungkin sekali sekali kita boleh fikirkan tentang anak yatim piatu sejak kecil, OKU, kecacatan fizikal, penghidap penyakit kronik dikalangan kanak-kanak dan dewasa, orang-orang buta, down-syndrome, lapar kebuluran, fakir miskin yg tidak punyai kereta, rumah,hanya punyai baju sehilang-sepinggang,tiada peluang melanjutkan pelajaran tinggi dan lain-lain. Rajin-rajinkanlah diri, explore sendiri tentang segala bentuk kesusahan yang dihadapi manusia di dunia ini.

Dan kita sering menyangka jika kita diberikan nikmat kekayaan maka kitalah orang yang berbahagia di muka bumi ini. Sedangkan jika Allah mahu limpahkan kebahagiaan dalam hidup kita, Allah boleh memberikannya melalui pelbagai cara tanpa menjadikan kita kaya.

Tidakkah kita tahu bahawasanya di dunia ini, kita tidak mampu memiliki SEGALANYA? Kaya belum tentu bahagia. Miskin belum tentu sengsara.

Mari kita ikuti contoh di bawah,

Bayangkan seorang kaya itu sakit, makan-minum kena pantang, apabila mereka hidapi sakit kronik maka mungkin mereka hanya terperap di katil. Maka kereta mewah, rumah mewah dan barangan mewah yang lain seperti tiada guna. Inilah kaya yang belum tentu bahagia. Tambahan pula orang-orang yang tersayang tiada pula di sisi, masing-masing hanya ingin menikmati keseronokan semata-mata dengan duit yang ada.

Seterusnya,

Bayangkan seorang kaya yang mempunyai keluarga yang berpecah belah. Hakikatnya, kebanyakan orang kaya gemar untuk berhibur, Si bapa dan Si Mak dengan dunianya sendiri dan si anak pula dengan dunianya sendiri. Mereka sibuk menikmati hiburan dan mengejar dunia sehingga mereka membawa haluan masing-masing. Si anak hanya berjumpa dengan Ibubapa apabila mahu minta duit. =.=’

Bayangkan seorang kaya mendapat pasangan yang hanya gilakan hartanya. Itu ialah suatu penghinaan. Mungkin apabila orang kaya itu menjadi papa kedana, maka dia akan ditinggalkan. Inilah yang dinamakan sebagai cinta palsu.

Dan ada lagi 1001 contoh lain yang boleh dijadikan tauladan. Ya, Kita perlukan wang ringgit untuk melunaskan belanja keperluan & keinginan dalam hidup. Tetapi perlu kita ketahui bahawa kebahagiaan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Duit berjuta, makan 2-3 pinggan juga sehari sama seperti orang biasa. Ya mungkin orang kaya menikmati makanan lebih lazat, tetapi kalau diamati, ada orang hanya makan nasi dengan sambal belacan, ikan kering berserta ulam pun bukan main selera mereka makan.Ternyata, rasa lazat itu belum tentu sama dan berbeza bagi setiap individu. Kerana itu perlu kita ketahui, kalau Allah mahu beri kita rasakan kelazatan kepada sesuatu makanan, petai pun adakalanya terasa lazat. Hihihi

Kita pergi kepada perkara seterusnya...

Kita sebagai orang islam, sangat perlu buang sifat materialistic dalam diri kita. Sesungguhnya sifat ini akan menjadikan kita keluh kesah, tidak keruan dan membuatkan kita sentiasa dirundung masalah.

RM 1 > RM -1 > RM – 99999999999

Seorang miskin yang hanya punyai RM1 dan tidak punyai apa-apa lebih kaya daripada orang-orang yang memiliki kereta dan rumah mewah tetapi milikinya secara hutang. Tiada benda yang kita miliki sehinggalah kita selesaikan hutang benda itu.

Orang-orang Malaysia kebanyakannya hamba hutang. Yang betul-betul kaya tak ramai pun. Yang beli benda-benda mewah secara tunai memang tidak ramai. Majoriti penduduk Malaysia berpendapatan sederhana dan mereka sanggup berhutang berbelas dan puluhan tahun untuk miliki rumah dan kereta mewah. Kenapa tidak kita ambil sekadar yang perlu sahaja dan tidak pula mengambil sesuatu melebihi kadar kemampuan kita?

Mengapa sanggup menjadi hamba kepada hutang dan terikat dengan riba semata-mata mahukan benda-benda melebihi kemampuan diri kita yang sebenarnya?

Kamu pun berkata, bagaimana nak beli rumah berpuluh ribu , ratusan ribu dengan harga tunai? Saya menjawab, sudah tentu kita tidak mampu. Maka adakah kamu betul-betul dalam keadaan darurat? Memang langsung tiada tempat untuk tinggal bersama keluarga?

Kalau boleh selamatkanlah diri daripada hutang riba. Ianya ialah perangkap akhir zaman. Kalau boleh sewa rumah, maka sewalah. Dan kita perlu desak kerajaan agar bina sebanyak-banyak rumah untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah supaya kita tidak menjadi hamba hutang dan terikat dengan riba. Bukan tidak boleh berhutang, Cuma jangan terlibat dengan riba.

Contoh : Harga rumah dibina kerajaan RM 100k seunit. Maka tiada salahnya kita berhutang tanpa riba untuk membayar dalam jangka masa panjang. Lagipun roling-rolling duit rakyat je pun.

Kita memang tidak dapat selamatkan satu dunia, jika boleh selamatkanlah diri sendiri. Supaya nanti kita ada alasan untuk diri sendiri di akhirat kelak. Moga tuhan mempermudahkan segala urusan kita.

Seterusnya..

(Quran 94 : 6) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Mungkin kita susah daripada cabang A, tapi daripada cabang B hingga Z kita senang. Mungkin kita tidak memiliki kekayaan, tetapi kita miliki kebahagiaan bersama keluarga , kesihatan tubuh badan dan kesenangan dalam hal-hal lain.

Jangan kita menyangka bahawa hanya harta benda merupakan rezeki, kita perlu tahu bahawa kesihatan tubuh badan, kebahagiaan bersama keluarga, ketenangan fikiran, Negara aman daripada peperangan, kebuluran dan sebagainya juga merupakan rezeki.

Rezeki ialah segala perkara yang memberikan kesenangan kepada kita.

Perlu kita ketahui, Kita tidak akan dapat segala yang kita mahukan di dunia ini. Hidup ini ialah pentas ujian.Kita diuji dengan kesusahan atau kesenangan untuk membuktikan samada kita bersabar atau bersyukur.

Kereta-kereta mewah, rumah-rumah mewah dan benda-benda mewah yang lain itu hanya sekadar perkara yang menimbulkan riak dalam hati manusia. Kebanyakan orang-orang yang memiliki barangan mewah menyangka orang memandang tinggi akan mereka. Maka sedikit sebanyak perkara itu menimbulkan sifat ujub dan riak pada diri sendiri. Ya, mungkin bukan semua orang kaya bersifat begitu, tetapi kebanyakannya begitu. Tiada siapa boleh nafikannya. Ianya adalah hakikat.

Tetapi jangan pula apabila kita nampak sahaja orang-orang dengan benda-benda mewah , kita terus COP mereka sebagai riak. Cukuplah Allah yang menghakimi mereka, sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.Kita tidak tahu akan isi hati seseorang manusia. Kita hanya perlu bersangka baik dan duduk diam-diam.

Mari kita fikirkan.. Cuba kita fikirkan tentang kereta. Ianya ialah KENDERAAN semata-mata. Apa gunanya kereta? Untuk memudahkan perjalanan jauh kita. Naik kereta proton saga jenis lama pun boleh berjalan dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu maa . Tapi tak laju? Di jalanraya ada had laju maa.. Nak laju pergi masuk litar sepang la... Kikiki

Rumah besar? Tidur pun pada katil yang tak besar mana maa... Kadang-kadang rumah besar gila tapi duduk 2,3 0rang. Itu namanya pembaziran ruang di muka bumi. Hehe.

Dan barang-barang berjenama lain, kadang-kadang baju sampai harga beribu ringgit membazir semata-mata. Kadang-kadang baju harga ratus dan puluh ringgit dah cantik dipakai. Tak perlu mahal-mahal pun. Mahal mungkin sebab itu barangan import, ataupun mahal kerana jenama semata-mata. Kalau sesuatu barang itu murah dan boleh tahan kualitinya, maka mengapa bayar lebih? (Iklan)

Sebagai renungan.....

(131) Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir (ingkar) itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Surah Taa-Ha)

Hidup ini ialah pentas ujian.. Kaya bukan tanda kejayaan.. Miskin bukan tanda kegagalan. Kita diuji dengan kesenangan atau kesenangan samada kita bersyukur atau bersabar.

‎(53) Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): "Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?"
(Surah Al-An'am)

(55) Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu. (Di dunia) (56) (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
(Surah Al-Mu’minun)


(15) (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
(16) Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Surah Al-Fajr)

Ketahuilah..........
‎(35) Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah Al-Anbiya)

Sekali lagi ingin sy katakan, Kaya belum tentu bahagia, Miskin belum tentu sengsara. Bersyukurlah seadanya, Maka kitalah orang-orang yang berbahagia.

Dan kebahagiaan hakiki ialah apabila kita memperoleh ketenangan minda dan hati. Dan ianya hanya akan kita peroleh apabila ..

Hanya dengan mengingati Allah tenang tenteramlah hati manusia (Quran 13:28)

Bersabarlah dengan segala ujian, Bersyukurlah di atas segala nikmat kesenangan. Redhalah dengan segala ketetapan Allah , Maka Allah akan redha dengan kita.

Dunia sememangnya penjara bagi orang-orang beriman dan syurga bagi orang-orang kafir (ingkar) . Dunia pentas ujian dan kita akan perolehi hasilnya di akhirat kelak. Bersusah-susahlah sementara untuk kesenangan buat selamanya.

"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat".
(Quran 2: 83)

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam peperangan. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
(Quran 2: 177)

Yang kaya bantulah yang miskin dan golongan yang memerlukan
(e.g : penyakit kronik yg memerlukan perbelanjaan yg mahal),
Bukan budaya minta meminta yang dianjurkan Islam, Tetapi budaya tolong-menolong.
Kalau tidak mahu tolong, Maka sila tutup mulut dan duduk diam-diam.

(1) Demi Masa!
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Quran 103)

Jika apa yang saya katakan tidak dipersetujui oleh kamu, Maka ketahuilah bahawa saya tidak memaksa kamu untuk berfikiran seperti saya. Kamu bebas untuk berfikiran dan berbuat seperti yang kamu mahukan. Akal ialah anugerah Allah yang terbaik buat manusia. Maka gunakanlah ia sebaiknya.
Daa~

DARIPADA ALLAH KITA DATANG , KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI.