Dulu, kita pernah berada dalam perut ibu kita.
Kemudiannya, Ya, beginilah keadaan kita suatu ketika dulu, seorang bayi yang tidak mengerti apa-apa. Kencing dan berak dalam seluar. :D
Mak kita pada awalnya tak tahu pun akan dapat kita,
Lelaki atau perempuan, dan bagaimana rupa kita,
Memang mereka semua tidak tahu,
Ada orang yang berkahwin tidak dapat anak,
Ada yang dapat anak, sama ada lelaki atau perempuan,
Ada yang dapat anak kembar sampai berbelas orang,
Dan pelbagai rupa pulak tu. :)
Lalu kita membesar sedikit, dan sudah tentu masing-masing dengan kenakalan diri masing-masing...
Sekarang ini kita sudah mencapai fasa ini. Muda remaja. Muka-muka baru nak mengenali dunia. Muka-muka senang kena tipu... Kekeke.
Dan ada di antara kawan-kawan kita dan orang-orang yang kita sayang ada yang sudah pergi meninggalkan kita. Mereka tidak sempat melangkah ke fasa seterusnya. So, ada kita terfikir tentang perkara itu? Apa erti hidup ini sebenarnya?
Mungkin kalau kita umur panjang.. Tidak ditimpa sakit sewaktu muda, maka waktu tua nanti mungkin kena sakit tua.
Lalu kita pun akan mati kerana sakit tua, Ataupun mati kemalangan, serangan jantung? Kanser? Kena bunuh? Atau apa-apa sebab lain.
(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-‘Imran)
Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Surah al-A’raf : 34)
(78) Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
(Surah An-Nisa)
Kalau kita faham ayat di atas ini secara mendalam, kalau kita punyai teknologi tercanggih dan sistem pertahanan terbaik sekalipun, atau mengamalkan diet pemakanan terbaik sekali di dunia, maka benda-benda itu sedikitpun tidak boleh selamatkan kita dari maut. Di akhirnya kita semua akan mati.
(2) Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Surah Al-Mulk)
Apa erti hidup ini sebenarnya? Hidup dan mati? That's all?
Ketahuilah bahawa dunia ialah pentas ujian.
Kita akan dibangkitkan semula di akhirat kelak.
Untuk dihitung segala (amalan) perbuatan dan perkataan kita di dunia ini.
Maka fikirkanlah... Tujuan sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
Renungan
(35) (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (36) Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).
(Surah At-Thur)
(115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Surah Al-Mu'minun)
(26)Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai kepangkal kerongkong,
(Surah Al-Qiyamah)
(18) Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Surah An-Nisa)
Ketahuilah bahawa DUNIA ialah PENTAS UJIAN semata-mata.
(77) Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
(78) Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
(79) Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
(Surah Yaasin)
Wahai sekalian manusia,
Apakah kamu sudah lupa,
Siapa kamu pada awalnya?
satu dikalangan jutaan sperma.
Apakah kamu sudah lupa,
Siapa kamu pada awalnya?
satu dikalangan jutaan sperma.
Di dalam perut ibumu engkau berada,
seorang yg tidak mengerti apa-apa,
yang tiada daya dan upaya,
menunggu masa melihat dunia.
Kini engkau sudah dewasa,
engkau lupa siapa dirimu pd awalnya,
pernah berak merata-rata,
ABC tidak engkau mengenalnya.
Bila ilmu penuh di dada,
engkau lupa pada sang pencipta,
walhal ilmu kamu tidak seberapa,
kamu sahaja yg merasa bangga.
Tiadalah kamu diciptakan sia-sia,
kejadian kamu ada hikmahnya,
jangan hidup sambil lewa,
gunakan akal sebaiknya.
Renunglah wahai manusia,
Dirimu sedang dimamah usia,
fikirkan tujuan hidup di dunia,
Sebelum ajal berkunjung tiba.
seorang yg tidak mengerti apa-apa,
yang tiada daya dan upaya,
menunggu masa melihat dunia.
Kini engkau sudah dewasa,
engkau lupa siapa dirimu pd awalnya,
pernah berak merata-rata,
ABC tidak engkau mengenalnya.
Bila ilmu penuh di dada,
engkau lupa pada sang pencipta,
walhal ilmu kamu tidak seberapa,
kamu sahaja yg merasa bangga.
Tiadalah kamu diciptakan sia-sia,
kejadian kamu ada hikmahnya,
jangan hidup sambil lewa,
gunakan akal sebaiknya.
Renunglah wahai manusia,
Dirimu sedang dimamah usia,
fikirkan tujuan hidup di dunia,
Sebelum ajal berkunjung tiba.
No comments:
Post a Comment