Monday, July 30, 2012
Tidakkah kamu tahu bahawa dunia ialah pentas ujian.
Kamu berkata :
Kenapa tuhan jadikan manusia tu cacat dan x sempurna seperti manusia yg lain. Mengapa tuhan ciptakan manusia tu ada yg buta, pekak, ketot ,tidak berkaki dan bertangan?
Dan mengapa kamu rasa keELOKan tubuh badan seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?
Kenapa tuhan jadikan budak tu "down syndrome"? Apakah dia tidak layak utk hidup normal sprti manusia lainnya?
Dan mengapa kamu rasa kesempurnaan akal fikiran seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?
Kenapa tuhan tak menjadikan rupa semua manusia itu kelihatan cantik? Kenapa ada yg cantik dan ada yg hodoh pd pandangan manusia?
Dan mengapa kamu rasa kecantikan seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?
Kenapa tuhan tak jadikan semua manusia tu kaya? xdalah wujud orang miskin yg sengsara utk menjalani kehidupan seharian.
Dan mengapa kamu rasa kekayaan seseorang itu menjadikan mereka mulia di sisi Tuhan?
Kenapa tuhan tak mentakdirkan aku bersama dgn orang yg aku cintai? Kenapa mesti aku tidak boleh bahagia dan mesti merasakan kekecewaan krn si dia tdk mencintai aku sbgaimana aku cintakan dia?
Dan mengapa kamu rasa insan yang kamu cinta itu mampu bahagiakan kamu?
Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu dan apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu.
Kenapa tuhan membiarkan sesetengah manusia menzalimi sesetengah manusia lainnya?
Mahukah kamu tahu sesuatu?
Kenapa tuhan timpakan penyakit sebegini padaku dan membiarkan aku hidup dalam kesengsaraan?
Sekali lagi, Mahukah kamu tahu sesuatu?
Dan berbagai persoalan lain, seolah-olah Tuhan itu tidak adil dalam pentadbiran-Nya.
Tahu kenapa kamu berfikir sedemikian? Sebab kamu tidak beriman akan hari akhirat dgn sebenar-benarnya. Kerana kamu menganggap dunia segalanya sehingga lupa bahawa kehidupan yangg sebenar ialah di akhirat kelak. Kamu menganggap dunia segalanya sehingga kamu berasa berputus asa apabila DIUJI dgn kesusahan.
Tidakkah kamu tahu bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah utk sementara waktu? Kita semua Diuji di dunia ini dan hasilnya akan kita perolehi di akhirat kelak.
Kita bukan hidup di dunia ini utk selama-lamanya. Kita akan mati dan akan dihakimi oleh Allah kelak.
Maka, Jika kamu perolehi berbagai KENIKMATAN dan kebahagiaan di dunia,ingatlah bahawa ianya bukan untuk selamanya jika kamu tidak tahu bersyukur.
Dan jika kamu dalam KESENGSARAAN, ianya juga bukan utk selamanya jika kamu tahu untuk bersabar.
Maka, usahlah sering menyalahkan tuhan akan takdir yg dijalani oleh kita.
Bersabarlah menghadapi UJIAN di dunia ini. Bersyukurlah apabila diberikan kesenangan dan kenikmatan.
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah UJIAN semata. Kehidupan dunia bukanlah permulaan dan pengakhiran. Kehidupan dunia bukanlah kehidupan abadi.
Dan siapalah kita utk mempersoalkan akan aturanNya? Apa yangg kita miliki? Bumi yangg kita tinggal padanya diciptakan Oleh Tuhan. Diri kita sendiri diciptakan oleh Tuhan. Segala isi langit dan bumi juga diciptakan oleh tuhan. Kita terus hidup pada hari ini pun kerana tuhan membenarkan jantung kita terus berdegup. Kita tidak miliki apa-apa pun. Kita langsung tiada hak utk mempersoalkan ketetapan-Nya.
Firman Allah S.W.T :
(35) ”Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan.”
(Surah Al-Anbiyaa')
(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-'Imran)
Dan mahukah kamu tahu sesuatu?
(7) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang LEBIK BAIK amalnya.
(Surah Al-Kahf)
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Quran 67:2)
Dan mahukah kamu tahu siapakah orang-orang yang bertuah itu?
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(1) Demi Masa!
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
(3) Kecuali orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH, dan mereka pula berpesan-pesan dengan KEBENARAN serta berpesan-pesan dengan SABAR.
(Surah Al-‘Asr)
Dan mahukah kamu tahu lagi?
Mulia di sisi Allah hanya kerana TAQWA :)
Dan mengapa kamu rasa kecantikan, kesempurnaan tubuh badan, ketinggian ilmu, kekayaan dan pelbagai nikmat lain menjadikan kamu mulia di sisi Tuhan?
Ketahuilah bahawa segala nikmat kekayaan, kecantikan ,kesihatan, nama, pengaruh, pangkat dan kebanggaan dengan pengetahuan dan bakat kelebihan/kemahiran yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sahaja bagi kita menjalani kehidupan sementara di dunia ini.
(13) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-Rahman)
Maka kita sebagai hamba, Wajib berserah diri sepenuhnya kpd pemilik jantung kita ini. ~Jantung ini masih berdegup kerana Allah izinkan.
Jika kita membantah akan ketetapan hokum hakamNya, maka kita ialah orang kurang siuman kerana tidakkah kita tahu bahawa, Kita tidak akan merasa pun hidup di bumi ini kalau Allah tak cipta kita.
Yg menjadi milik kita hanyalah amal soleh. Itulah perkara yg akan membawa kita ke neraka atau ke syurga~
Tanpa amal soleh, Muflislah kita.
Daa~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya sangat kecewa
ReplyDelete