Friday, June 29, 2012

Iman diwarisi keturunan?


Okay, kita mulakan perbahasan dengan lirik lagu iman mutirara nyanyian kumpulan raihan...
Iman adalah mutiara,
di dalam hati manusia,
yang meyakini Allah,
maha Esa maha kuasa.

Langkau trus rangkap ke 3..

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yg bertaqwa,
Ia tak dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai.

Walauapapun caranya jua,
engkau mendaki gunung yg tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki,

jika tidak KEMBALI PADA ALLAH.

okay, sampai di situ sahajalah nyanyian kita pada kali ini.
Nak dengar full song g dengar kat youtube..

perihal yg akan dibincangkan pada kali ini ialah tentang Iman.

Di mana Iman ini BUKANLAH SEMESTINYA diwarisi oleh keturunan, satu keluarga ataupun pasangan suami isteri,ataupun adik beradik ataupun kawan dan kawan ataupun makcik sedara kita ngan makcik sedara kita yg lagi satu..
Okay... pe yg aku cuba katakan ialah iman ialah kurniaan Allah pada individu tertentu .

Alangkah beruntungnya jika dalam setandan pisang semuanya elok. Maka, berusahalah memelihara pisang yg ditanam sebaiknya sejak permulaan.

kita ikuti firman Allah di bawah..

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata " Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu...

Sebelum ni aku dah bahaskan mengenai hal "belum terbuka pintu hati?" dalam note yg lepas..
http://penerokailmu.blogspot.com/2011/02/pintu-hati-masih-belum-terbuka.html
jadi sekiranya sesiapa yg slalu claim "belum sampai seru" maka bolehlah rujuk nota itu.
Bagi yg nak jela.. yg xnk sudah..

Ok aku ringkaskan skit perihal hidayah petunjuk ni..
Tuhan hanya akan berikan hidayah petunjuk sekiranya kita berusaha mendekati-Nya dan meminta hidayah dari-Nya. Bukannya terus menerus lalai tidak mahu fikirkan keagungan tuhan sebaliknya mengejar keseronokan dunia yg sementara.

Ok, kita semua akan mati, maka fikir2kanlah sebelum denyutan jantung terhenti..

sebenarnya aku nak cite sikit je.. tapi terpaksa buat penjelasan yg panjang supaya pembaca dapat kefahaman yg jelas mengenai hidayah petunjuk. Dan supaya mereka tahu bahawa iman tidak semestinya diwarisi keturunan.

Tahu kisah Nabi Nuh? Isteri dan anak dia xnk ikut naik bahtera lalu tenggelamlah bersama dengan kaum2nya yg tidak percayakan akan peringatan Allah yg dibawakan oleh Nabi Nuh kepada mereka.

Tahu kisah Isteri firaun.. tak tahu? Haa.. Firaun yg mengaku tuhan tu. Dia berpaling dari peringatan yg disampaikan oleh Nabi Musa dan akhirnya tenggelam bersama bala tenteranya dalam laut merah.
Nak tahu lebih g explore sendiri. Kah kah kah. Tapi badan firaun masih kekal sehingga ke hari ini.
Tuhan selamatkan agar menjadi pengajaran bagi kita2 (owg kemudian) agar memikirkan akan kekuasaan Allah.
Tapi isteri dia mati dalam keadaan beriman kepada Allah S.W.T

Dan banyak lagi kisah2 yg boleh dijadikan "contoh" bahawa iman tidak semestinya diwarisi keturunan.
Kalau sumbat semua dah boleh buat buku dah. =.='

Ok, straight to d point...

aku agak kecewa dengan sikap segelintir manusia yg suka menurut hawa nafsu,emosi bila mengatakan sesuatu..

Contoh, A buat perkara mungkar, dan B pun tegur A. Lalu si A pun berkata :
"Ah, ko nasihat dulu ahli keluarga ko tu, sibuk nak nasihatkan aku watpe.. Keluarga ko pun banyak yg tak betul"

xpun " Ah, anak2 ko pun terumbang-ambing je hidup, ko sibuk nak nasihati orang.. Keluarga ko bukannya elok sgt! "

"Ah, tak payah la nak nasihat orang, ko betulkan semua ahli keluarga ko dulu baru ko datang kat aku, Ada hati nak nasihat org"

Erkkk...

Nilah konsep pemikiran seorang yg cap ayam.
sorry to say,,
but u know what i mean rite?
They r talking based on their emotion...

Kepada sesiapa yg mempunyai konsep pemikiran sedemikian,
Sila rendam otak anda di dalam anti-chlorine xpun thinner.
make sure biarkan selama 5 minit dan angkat balik letak kat kepala.
Kah kah kah (Ok, x lawak)

Ok, janganlah berfikiran sedemikian...

Kenapa menurut emosi bila ditegur? X bley terima kebenaran?
Skg ni kat dunia bolehla kamu tinggikan suara berpaling dari kebenaran..
Tapi di akhirat kelak, kamu tidak akan mampu bukak mulut pun..
Jangan jadi sombong okay?

Mengapa meletakkan kesalahan pada orang lain sedangkan yg menegur kamu ialah orang lain?
Kenapa macam tu?

Okay satu jenis contoh la..
Kamu punyai 3 orang anak..
2 orang okay je... dan lagi 1 orang kaki mencuri..

Maka orang-orangpun berkata, "macamne lah mak bapak dia mendidik dia, mesti keturunan dia tu pun kaki mencuri"

Erkkk.. Bengang kan? Padahal kamu tak mengajar anak2 kamu mencuri... =.='
Begitulah konsep iman tidak diwarisi keturunan tu.

Lagi satu owg jenis camni aku x faham..

Contoh la.. A x puasa.. lepas tu budak bawah umur tegur dia, "Bang, tuhan marah kalau kita tak puasa"
lalu A pun jawab " Ah, ko budak2 mana tahu pape, PMR pun x lepas lagi"

Erkkk...
Nak tahu sesuatu tak?

Jangan lihat siapa yg berkata, Tapi lihat APA yg dikata
...

Jika seseorang berpesan kepada kebenaran, dan memang apa yg dikatakannya ialah benar,
kita tak boleh katakan tidak untuk perkara "Ya".
Sekalipun budak2 xda spm,pmr,upsr,xda diploma,degree (sambung sendiri yg lain)
berbicara ttg sesuatu dan memang kita tahu benda tu benar, tak boleh kita nafikan kebenaran hnaya kerana kita fikir orang yg berikan peringatan itu tidak punyai kelayakan.
Jangan jadi pelik.

Ok sampai sini sajalah perbahasan mengenai perkara ini..

Firman Allah S.W.T :
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakinya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
(QS.Al Qashash:56).

No comments:

Post a Comment