Friday, June 29, 2012

Hey! Come on la! Time muda nilah kita kena enjoy!


Ok, atas ni gambar hiasan sahaja... Tak payah nak tahu tu siapa, diowg duduk kata mane, kelulusan tahap mana, dan pakai seluar saiz berapa... =.='

Hendak jadikan sbg permulaan cerita~

Seorang sahabat saya yg bernama Mohd Azharuddin yg telah pergi ke rahmatullah sewaktu berumur 18 tahun... Lebih kurang 5 tahun lepas. Dia meninggal kerana kemalangan jalan raya. Baik orangnya. Dan ada juga rakan kolej aku yg pergi di usia muda.

Apapun Innalillahi wainna ilaihi rojiun..
Daripada-Nya kita datang kepada-Nya kita kembali.

Dan mungkin ada antara kita yg kehilangan rakan2 yg masih muda kan?
Ketahuilah bahawa...

Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(al-A’raf : 34)

‎(78) Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
(Surah An-Nisa)

Dapat disimpulkan bahawa maut akan mendapatkan kita bila tiba masanya. Dan ajal kita sudah ditetapkan tuhan sebelum kelahiran kita di dunia ini.. (Boleh rujuk hadis)
Dan tidak kira bagaimanapun kita menghindari kematian,
kematian tetap akan sampai kepada kita. Tak kiralah kamu punyai teknologi tercanggih utk memastikan keselamatan dan kesihatan kamu.

“Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka Sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.”
(Al-Jumu’ah: 8 )

Okay... sekarang kita akan masuk babak seram sikit...
1st time aku lihat gambar ni terus tangkap jiwa aku...
Dan mulalah aku mengasah akal secara terus menerus apabila didedahkan dengan gambar sebegini..
Aku mula memikirkan perihal kematian,., Bahawa setiap yg hidup pasti akan mati...
Ini bukan cerita dongeng...
Lihatlah gambar ini...
Seram tak? Tak cukup seram? Apa kata kita zoom bahagian matanya..

Diatas merupakan mayat warga oman yang baru dikebumikan selama 3 jam sahaja.Selepas pengebumian ayahnya berasa sangsi dengan laporan doktor dan meminta supaya digali semula.Apabila digali ahli keluarganya terkejut kerana mendapati wajah anaknya kelihatan hitam seperti orang yang sudah tua.Sedangkan anaknya baru berumur 18 tahun.Kelihatan pada wajahnya tanda azab yang pedih dan wajah yang putus asa. Oh! T.T

Ketahuilah bahawa seksa kubur itu benar... Kalau kamu rasa gambar ini menipu.. lantak hanglah labu...

Hmm... bila kita dah dapat lihat mayat ni.. tak perlulah kita nak hakimi dia "Haa confirm dia ni ahli neraka"..

Soal penghakiman siapa yg akan ke syurga atau neraka itu bukan kerja kita. So,sila duduk diam2.
Kerja kita hanyalah memberikan peringatan sesama manusia. Dan bila dah bagi, maka terlepaslah tanggungjawab kita.
Kita semua adalah orang2 yg akan dihakimi , Dan yg MENGHAKIMI kita nnti adalah Allah S.W.T.

Jadi, bila menasihati seseorang, jgn memandang mereka dengan penuh kehinaan seolah-olah kita tahu nama kita sudah tersenarai dalam ahli syurga!

Firman Allah s.w.t :
(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Al-'Imran)

Meremang bulu roma aku bila 1st time tengok gambar ni.
Apabila orang2 bertanyakan bagaimana cara hidupnya dulu.
Bapanya memberitahu bahawa dia selalu mengabaikan solat,
dan bila solat takda, ttg hal yg lain tak perlu lah diceritakan..

Rasulullah bersabda : Solat itu tiang agama. Maka sesiapa yg telah mendirikannya bererti dia telah menegakkan agama. manakala sesiapa yg telah menginggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agama.

Ok, gambar inilah yg buat mata aku berfungsi utk MELIHAT...
sebab selama ni aku macam xda penglihatan...
Faham2 je la..

Maybe perkara2 sebegini antara pemangkin yg membuatkan aku ingin memahami hakikat kehidupan ini.

Maka, aku pun menggunakan akal fikiran dan berusaha mencelikkan mata hati dengan membaca2 kalam dari Allah S.W.T iaitu Al-Quran. Beruntunglah mereka2 yg diberikan kefahaman agama.

Kesimpulan "

Ketahuilah bahawa setiap yg hidup pasti akan mati. Dan ajal akan mendapatkan kita tidak kira dimana kita berada, x kira berapa usia kita, Bila2 sahaja kita akan menjadi mayat.

Boleh jadi besok kita dah pergi..
Boleh jadi seminit lepas ni?
Ataupun beberapa saat sahaja lagi?

Kehidupan di dunia ini hanya sementara,Peluang yg diberi jgn dipersia,Dekatkanlah diri kepada yg Maha Esa,Sebelum Izrail Menjalankan tugasnya,Sewaktu penyesalan tiada lagi gunanya,Ya,masing-masing tidak sempurna,Marilah kita menuju ke jalan-Nya, Melaksanakan perintah meninggalkan dosa,Sampai Bila kita Hendak Menderhaka,hakikatnya kita tiada apa-apa,semuanya dipinjamkan daripada-Nya,Adakah akalmu tidak dapat memahaminya?Adakah hatimu tidak merasakannya?Marilah kita BERSAMA-SAMA,Jalani hidup berpandukan ketetapan-Nya.

Soalan :

Adakah kawanku yg telah meninggal itu, dan remaja di atas itu tidak layak utk "enjoy" sewaktu usia mudanya?

Apakah mereka tidak berhak menggunakan masa muda mereka utk "Enjoy"?

Kita2 yg masih Enjoy ni bermakna diberikan masa utk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadi gunakan masa itu sebaiknya sebelum detakan jantung terhenti. Bila detakan jantung terhenti, taubat tidak lagi diterima. Kerana apa?

Firman Allah S.W.T :

(11) Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

(12) Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

(13) Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
(Surah As-Sajdah)

Firman Allah S.W.T :

(179) “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah Al A’raaf)

Itulah peringatan daripada Tuhan.

Ada ayat di dalam Al-Quran berbunyi "Al-Quran ini tidak lain hanyalah berita gembira bagi orang-orang beriman dan amaran bagi mereka yg ingkar!"

Last skali kita baca ini :

Iblis berkata kepada Tuhannya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa."

Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar".
(HR. Ahmad)

Whatever has to be done, It's always our choice...
Maka fikirkanlah, Muda mudi sering LALAI kerana mereka menyangka mereka akan PERGI pd usia tua.

No comments:

Post a Comment