Friday, June 29, 2012

Perihal cinta. Mengapa sedemikian rupa?

Pada kali ini perkara yg akan diutarakan ialah perihal cinta sesama manusia...

Tiada ayat bunga-bunga yang akan dikarangkan disini. Tiada adegan filem hindustan yg akan dimuatkan di sini. Jadi, tidak perlu mendengar lagu-lagu jiwang karat tangkap leleh sambil membaca nota ringkas ini. =.='

[Nota ringkas katanya]

Kita semua sedia maklum, setiap manusia perlukan teman hidup bagi menghilangkan kesunyian dan kekosongan hidup. Ini adalah lumrah.Sememangnya manusia diciptakan berpasangan. Lelaki dan wanita saling memerlukan antara satu sama lain. Sepertimana Adam yang ditemani Hawa bagi menemaninya menjalani kehidupan di syurga. Lalu kerana terpedaya dengan hasutan Iblis, mereka berdua diturunkan ke dunia. Dan Iblis pun berjanji akan terus menerus menyesatkan anak-anak adam di muka bumi ini sehinggalah ke hari kiamat kerana kedengkiannya kepada manusia.

Wahai sahabat yang dimuliakan,

Jangan jadikan perempuan/lelaki sebagai "Tujuan hidup" anda di dunia..

Jangan anggap mereka sbg "segala-galanya" sehingga........

1)Kamu cintakan seseorang, lalu kamu mengayatnya & mendekatinya dgn berbagai cara kerana kecintaan kamu terhadapnya. Alangkah sedihnya klimaks cerita cinta kamu ini kerana Si Dia menolak cinta kamu.

(Oh, sedihnya cerita ini)

Impak ----> Lalu menjadilah kamu seorang yang berputus asa dengan kehidupan, hidup segan mati tak mahu, makan x kenyang, minum x hilang dahaga, mandi basah kuku ibu jari kaki je, tidur x lena dan berak lupa nak cuci. Kemudiannya, merosakkan diri seperti minum arak, isap dadah,isap gam dan kerjakan perkara2 yg tidak baik kononnya dapat menyelesaikan masalah! Tidak..

Cinta disertai dengan tanggungjawab, keikhlasan, kejujuran,keprihatinan, tolak-ansur, amanah dan kasih sayang. Tanpanya ia hanyalah nafsu semata-mata.

Jika kamu mahu cintakan seseorang, Belajar cintai diri sendiri dulu.

Nasihat : Jangan begitu, kamu tidak layak menjalani kehidupan sebegitu rupa. Kamu masih layak menjalani kehidupan normal. Untuk apa kamu bersedih sehingga begitu sekali? Si Dia mungkin bahagia dengan hidupnya kerana dapat bersama dgn insan yg dicintainya. Manakala kamu, sudahlah ditolak cinta.. x dipedulikan oleh Si dia dan jalani hidup seperti bangkai bernyawa. Oh =.='

Ada insan lain di luar sana yg menantikan kamu yakni jodoh kamu. Dialah yang akan menyerikan kehidupan kamu. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor!

2) Kamu cintakan seseorang, kamupun mengayatnya & mendekatinya dengan berbagai cara dan akhirnya si Dia mengatakan bahawa dia tidak cintakan kamu, setelah banyak pengorbanan yg kamu lakukan dari segi wang ringgit, budi baik dan kerajinan luar biasa yg terjadi pada kamu sewaktu bersama dengannya. Lalu mendidihlah kepala hotak kamu sehingga nafsu kemarahan menguasai diri lantas terjadinya pembunuhan kejammm!!

Macam2 berita ada kat luar sana, orang dah tak nak kat kita, buat apa nak bikin macam2 ngan mereka.

Satu contoh, Seorang wanita sampai ditikam berbelas kali kerana menolak cinta seorang lelaki yg telah lama memendam perasaan terhadapnya. Setelah ditikam, disimbah pula dengan cuka getah lalu hancurlah muka dan sebahgian anggota badan.

Wanita itu koma selama seminggu, lalu meninggal dunia. Oh! Mungkin kematian lebih baik baginya. Kerana jika dia hidup sekalipun, nescaya kegelapan menemani hari-harinya. Rupa sudah tiada rupa dan mungkin kehidupannya bagaikan bangkai bernyawa jika dia masih hidup.

Oh! Mana dia rasa CINTA kamu terhadap dia? Tergamak kamu lakukan sedemikian rupa pada dia.

Cinta disertai dengan tanggungjawab, keikhlasan, kejujuran,keprihatinan, tolak-ansur, amanah dan kasih sayang. Tanpanya ia hanyalah nafsu semata-mata. Jadi, adakah kekejaman yg kamu lakukan itu dipanggil cinta?

Nasihat : Sudahlah direject, lepas tu nak bikin macam2 pd Si dia.. Tak tahu malu ke? Haa... duduklah dalam penjara tu leklok, insafi kesalahan yang dilakukan dan bertaubat moga-moga tuhan ampunkan. Ya, Tuhan maha pengampuan. Make sure taubat dgn sesungguhnya okay. Basuh minda. Jangan jadi PSYCHO! Jangan pelik-pelik...

Sekalipun kamu dapat bersamanya, utk apa? Kamu bersama dgn insan yg tidak mencintai kamu.. Hakikatnya kamu tidak memiliki cintanya. Ketahuilah bahawa cinta tidak boleh dipaksa.

3)Kamu cintakan seseorang, kamupun mengayatnya & mendekatinya dengan berbagai cara dan akhirnya si Dia mengatakan bahawa dia tidak cintakan kamu, lalu menjadilah kamu seorang yg berputus asa. Dan akhirnya kewarasan fikiran tidak dapat mengatasi kesedihan, hati berkecamuk dan akhirnya BUNUH DIRI!!

Oh, tidak perlulah ambil tahu siapakah gerangan manusia di atas.Ia tidak penting. Aku pun tidak kenal dan tak mahu kenal. Ambil pengajaran dari kejadian ini okay.

Impak ----> Cinta ditolak tu satu cerita sedih dan nak tahu apa natijahnya bila bunuh diri?

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalo gantung diri camne plak? Hang fikirlah sendiri......

Jangan jadikan cinta sesama manusia segala-galanya sehingga perkara2 di atas berlaku...

Ya, setiap orang perlukan teman hidup, pasangan dan memang lelaki dan perempuan diciptakan utk melengkapi satu sama lain. Tetapi, itu bukanlah tujuan penciptaan kamu ke dunia ini. Itu bukan satu perkara yg mewakili segala-galanya... Nak tahu apa tujuan penciptaan kamu ke dunia?

Firman Allah swt dalam surah Adh-Dhariyat : (56) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Sekalipun cinta kamu diterima, dan kamu dapat bersama dengan orang yg dicintai... Tetapi tahukah kamu, tidak kira bagaimanpun sayangnya kita terhadap mereka.. Satu hari nnti mereka akan tetap jua pergi meninggalkan kita?

Firman Allah swt dalam surah Al-'Imran: (185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Biasalah sewaktu muda-muda bergelora rasa cinta di dalam hati.. Ingin disayangi, ingin dibelai, dimanja , inginkan seseorang utk adukan masalah,merengek dan mengada-ngada =.=’

Ok. ada seorang pakcik bagitahu aku.. Masa bercinta tu, pasangan kentut pun wangi je. Hahaha, yang ini kelakar.

Bila dah berkahwin, bersama , akhirnya kentut itu terserlah kebusukannya.
[Ok, aku xnk teruskan perihal kentut]

Ok, tak kira macamne cinta pun kita terhadap seseorang, kita akan terpisah jua satu hari nnti. Kerana itu, jangan anggap cinta sesama manusia itu segala-galanya. Ianya hanyalah sebahagian dari kisah kehidupan dunia okay.

p/s : yang dah berkahwin berpuluh tahun, anak seramai pasukan bola sepak pun ada yang bercerai.. Lihatlah, bila wajah kamu dimamah usia, kebosanan bersama, semuanya serba tak kena, tengok muka sesama sendiri asyik nak berentap lidah je.

Sampai bila dah bercerai, terbukalah aib sesama sendiri. Ah! dulu kahwin pun hantaran guna duit aku. Sampai sekrang tak bayar lagi.! Oh.. Lihatlah bagaimana cinta bertukar menjadi kebencian...

Sambung....

4)Kamu cinta sesama sendiri dan Si laki pun dengan nakalnya berkata, "Apa bukti cinta awk terhadap sy?" Maka si perempuan pun mula memahami makna tersirat di sebalik "soalan" itu , lantas projek dilaksanakan, lantas mengandunglah si perempuan, lantas bukti cinta itu dilahirkan ke muka bumi... Sebelum itu si perempuan menangis macam kambing kerana si laki tidak mahukan hasil "bukti cinta" itu.. dan akhirnya.. hasil dari "bukti cinta" itu menjadilah.....


Inilah akibatnya apabila hawa nafsu tidak dibendung dengan iman.

Perikemanusiaan hilang, sehingga adakalanya binatang yg tidak berakal lebih sayangkan anak-anak mereka.
Kerana tidak mahu menanggung malu, anak yg dilahirkan dibuang seperti sampah seolah-olah tidak berperasaan. Lihatlah betapa jahatnya hawa nafsu sehingga ia mampu menyisihkan sifat keibuan semulajadi dalam diri seorang wanita.

Islam x larang hubungan lelaki dan wanita, kahwinlah jika benar cinta. Tidak perlu mengawan secara bebas. Kita manusia yg berakal , bertamadun dan beretika. Maka jalanilah hidup sbg manusia.
Jgn jadi haiwan yg tidak pedulikan batas syariat.

Cinta? Bernikahlah. Perempuan, lelaki jika benar hargai dan sayangi kamu, mereka tidak akan meniduri kamu sehinggalah mereka melamar kamu utk dijadikan isteri. Maka, jangan terlalu mudah terpedaya dengan janji manis lelaki. Saksikanlah betapa ramai perempuan yg ditinggalkan selepas ditiduri.
Jangan biar diri anda menjadi mangsa, melainkan anda pun sekepala dengan lelaki sebegitu, Maka, tiada siapa yg dapat memaksa kamu menjaga maruah diri. Pesanan sy, jangan jadi perempuan murahan. Mahalkan diri itu sikit.


Jangan buat macam ni... Sesal dahulu pendapatan , Sesal kemudian tidak berguna..

Jangan dah nangis macam kambing, Jangan dah buang anak yg sepatutnya dapat menikmati hidup di dunia ini. Oh! Bayi itu terus ke syurga. Dan mungkin dia tidak akan kenali kamu yg telah buangnya. Masakan kamu boleh mengakuinya sbg anak kamu? Lihatlah sifat keibuan yg telah kamu tonjolkan!

Cinta disertai dengan tanggungjawab, keikhlasan, kejujuran,keprihatinan, tolak-ansur, amanah dan kasih sayang. Tanpanya ia hanyalah nafsu semata-mata.

Jangan katakan perhubungan seks sebelum berkahwin adalah sebahagian dari cinta. Jika benar kamu [lelaki] tulus ikhlas cintakannya, sudah tentulah kamu akan menikahinya atas dasar tanggungjawab utk mendapat hubungan yg diredhai dan perhubungan yg halal.

Nasihat ----> Yang tak pernah buat, Jangan buat.. Yg dah pernah,, Jangan ulangi.. insafilah.. Dan bertaubatlah.. Ya, Tuhan maha pengampun. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari arah barat ataupun sebelum sakaratul maut datang menjemput..

Kesimpulan.......

Jangan jadikan cintan cintun sesama manusia itu segala-galanya okay?

Marilah kita bersama-sama belajar mencintai Tuhan yang telah menciptakan "cinta" okay?

Jangan jadi psycho, jangan buat benda pelik2, Jangan, jangan dan jangan okay? Tolong basuh minda.

Firman Allah s.w.t : “(Lazimnya)Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” [Surah An-Nur':26]

Kebiasaannya perempuan yg baik cenderung kpd lelaki yg baik, dan yg jahat cenderung kpd yg jahat. Tapi kalau dapat pasangan yg x baik, anggaplah itu ujian dari Allah s.w.t.

Yg sebaiknya kita berusaha menjadi yg baik terlebih dahulu.

Ketahuilah bahawa Cinta tidak boleh dipaksa, Usah mengharap pd yg x sudi, Nanti merana diri. Kalau dah jodoh x kemana. Pasti akan ada seseorang yg akan menceriakan hidup anda dan dialah JODOH anda.

Ingat! Kumbang bukan seekor, Bunga bukan sekuntum.


Percintaan jika kena pd tempatnya, Maka sudah tentu kita akan merasakan kebahagiaan di dalamnya, Tetapi apabila tidak kena pd tempatnya, sudah tentu ia menjadikan hidup kita serba tidak kena.

Cinta tidak buta. Manusia yg buta.
Jangan sampai cinta sesama manusia memekakkan telinga, membutakan mata dan membendulkan fikiran kita dari mengagungkan Allah s.w.t.

Cinta sejati antara manusia hanya wujud apabila cinta itu bersandarkan kepada Ilahi.

Engkau mengalami kekecewaan apabila ditinggalkan manusia yg kau cintai kerana engkau tidak mengutamakan Allah di hati. Hidup ini bukan tentang pencarian jodoh hidup kita semata-mata. Bukan hanya berkisar ttg cinta sesama lelaki dan wanita. Ada perkara yg lebih besar dari itu. Yakni cinta seorang hamba kpd Pencipta dirinya.

"I love u because of your religion. If you let go of your religion, then I have to let go of my love for u." -Imam An-Nawawi-

No comments:

Post a Comment