Mereka nak makan pun susah, Kalau kita hari ini "nak makan apa"?(Siap ada pilihan) Kalau mereka, Hari ini "ada benda x nak makan"?
Tidak kira bagaimanapun kesusahan yang kita hadapi, kita perlu teruskan hidup bukan?
Kalau kamu rasa hidup ini hanya ttg bersenang-lenang,mengejar keseronokan dan bersuka-ria semata.. Maka pandanglah kepada mereka..
Mereka tidak dapat lihat apa-apa. Diri mereka sendiri pun tidak dapat mereka lihat. Do u think that life is about have fun?
Tidak kira bagaimanapun kesusahan yang kita hadapi, kita perlu teruskan hidup bukan?
Kalau kamu rasa hidup ini hanya ttg bersenang-lenang,mengejar keseronokan dan bersuka-ria semata.. Maka pandanglah kepada dia..
Pandanglah kepada dia. Apakah dia tiada hak utk berseronok sama-sama dengan kita? Mengapa dia bermuram durja dan seperti brputus asa dgn kehidupan memikirkan keadaan dirinya yg tidak normal sprti org lain?
Tidak kira bagaimanapun kesusahan yang kita hadapi, kita perlu teruskan hidup bukan?
Kalau kamu rasa hidup ini hanya ttg bersenang-lenang,mengejar keseronokan dan bersuka-ria semata.. Maka pandanglah kepada dia..
Bayangkanlah sndiri bagaimana keadaan hidupnya. How can u live happily without thinking about others?
Tidak kira bagaimanapun kesusahan yang kita hadapi, kita perlu teruskan hidup bukan?
Kalau kamu rasa hidup ini hanya ttg bersenang-lenang,mengejar keseronokan dan bersuka-ria semata.. Maka pandanglah kepada dia..
Dia menghidapi sejenis penyakit misteri. Bila dipotong-potong ketumbuhan itu, tumbuh semula. Adakah dia tidak berhak menjalani kehidupan normal seperti kita?
Tidak kira bagaimanapun kesusahan yang kita hadapi, kita perlu teruskan hidup bukan?
Jadi sedarlah kita bahawa “Tujuan Hidup” kita di dunia bukanlah hanya utk bersenang-lenang, berseronok atau bersuka ria semata. Kita ada tugas utk dilaksanakan.
Jika kita dianugerahi kekayaan, Maka tugas kita ialah membantu org-org miskin/memerlukan.
Jika kita sihat, maka pandanglah kpd org sakit. Maka beringatlah, kita juga akan sakit sprti mereka.
Jika tubuh badan kita normal, Maka pandanglah kpd mereka yg tidak normal. Adakah mereka tidak layak merasa kehidupan normal sprti org lain?
Ketahuilah bahawa Tidaklah dinamakan kehidupan melainkan UJIAN semata-mata.
Pelbagai bentuk ujian yg Allah timpakan ke atas makhluk ciptaanNya.
Kejayaan sebenar ialah di akhirat kelak. Dunia hanya medan ujian. Apabila dihadapkan dihadapan Allah, dihisab segala amalan, dipersoalkan mengenai segala amanah yg dipertanggungjawabkan ke atas diri, ditanya bagaimana kita memanfaatkan segala nikmat2 kurniaan-Nya, lalu setelah selesai semuanya dan kemudiannya kita dimasukkan ke dalam syurga. Itulah kejayaan yg sebenar.
Maka fikirkanlah sedalam-dalamnya akan TUJUAN sebenar kehidupan kita di dunia. Kita boleh berfikir macam2, tp nak tahu apa sbnrnya tujuan hidup kita di dunia ini?
Firman Allah swt dalam surah Adh-Dhariyat : (56) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Tidak bermakna 24jam sehari kita kena sembahyang.
Ya, kita boleh kerja, kahwin, menuntut ilmu dan berhibur tp pastikan kita menurut jalan yg diredhai Allah.
Segala perkara yg kita kerjakan ialah ibadah jika dilakukan menurut ketetapan-Nya dan dilakukan ikhlas bagi memperoleh keredhaan-Nya.
Hidup ini bukan hanya utk berseronok. Kita dicipta agar mengabdikan diri kepada-Nya.
(115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Surah Al-Mu'minun)
Gunakanlah akal sebaiknya. Kehidupan di dunia ini sementara je. Kita ini tiada daya dan upaya melainkan dgn izin Allah.
Sekarang kita muda bertenaga, nnti akan menjadi tua tidak bermaya. Sekarang kita sihat nnti kita boleh sakit. Sekarang kita muda jelita, nnti bila tua hilanglah segala kecantikan. Sekarang kita hidup nnti kita akan mati.
Bila bencana alam menimpa, kita tak boleh buat apa-apa. Tuhan nak ambil nyawa kita sekejap je. Tak susah pun. Kerana kita milik-Nya. Daripadanya kita dtg kpdNya kita kembali.
So, kita sendirilah pilih samada mahu kembali dalam keadaan diredhaiNya atau dimurkaiNya.
Renungan..
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Surah Al-Baqarah ayat 214)
Ketahuilah bahawa segala nikmat kekayaan, kecantikan ,kesihatan, nama, pengaruh, pangkat dan kebanggaan dengan pengetahuan dan bakat.kelebihan/kemahiran yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sahaja bagi kita menjalani kehidupan sementara di dunia ini.
Surah As-Syura (As-Shura) [36] Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.
Surah Al-Qasas [60] Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?
Surah Al-Kahfi [45]Dan berilah kepada mereka misal perbandingan Kehidupan dunia ini umpama air yang Kami turunkan dari langit,lalu suburlah kerananya tanaman di bumi; kemudian menjadilah ia kering ditiup angin; dan adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ketahuilah bahawa segala kesenangan dan kesusahan di dunia ini adalah sementara.
masa yg trus berlalu,malang tidak berbau, sakit tidak menentu, mati sudah tentu.
Okay, kamu memiliki kecantikan bukan?
Nenek ni dulu pun pernah jadi cantik juga. Jadi, segalanya bukan dalam kawalan kita bukan?
Kecantikan itu hanyalah sementara.
Dan sudah tentu, Kematian adalah pasti bagi setiap yang bernyawa.
Firman Allah swt :
(185) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-'Imran)
Kehidupan di dunia ini hanya sementara,Peluang yg diberi jgn dipersia,Dekatkanlah diri kepada yg Maha Esa,Sebelum Izrail Menjalankan tugasnya,Sewaktu penyesalan tiada lagi gunanya,Ya,masing-masing tidak sempurna,Marilah kita menuju ke jalan-Nya, Melaksanakan perintah meninggalkan dosa,Sampai Bila kita Hendak Menderhaka,hakikatnya kita tiada apa-apa,semuanya dipinjamkan daripada-Nya,Adakah akalmu tidak dapat memahaminya?Adakah hatimu tidak merasakannya?Marilah kita BERSAMA-SAMA ,Jalani hidup berpandukan ketetapan-Nya.
Jadi,jika kamu menghadapi kesusahan, ketahuilah bahawasanya ianya hanyalah sementara.
Jadi, jika kamu mendapat nikmat kesenangan ketahuilah bahawasanya ianya hanyalah sementara.
Tuhan menimpakan kamu dengan kesusahan, utk menguji tahap kesabaran kamu wahai manusia.
Tuhan memberikan kamu kesenangan utk menguji tahap kesyukuran kamu wahai manusia.
Firman Allah s.w.t. :
(35) Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan.”
(Surah Al-Anbiyaa)