Friday, June 29, 2012

Pintu hati masih belum terbuka?

Persoalan
Adakah anda di kalangan mereka yg masih meninggalkan sembahyang lima waktu?
Adakah anda di kalangan mereka yg masih belum memelihara aurat?
Adakah anda di kalangan mereka yg masih terkapai-kapai dibuai khayalan dunia?
Adakah anda di kalangan mereka yg masih lagi belum ketahui apa sebenarnya erti hidup ini?

Adakah anda di kalangan pelaku maksiat tegar yg lgsung tidak rasa bersalah melakukannya?

Mahukah kamu tahu apakah KUNCI yg boleh merungkai segala persoalan di atas ini?

Mahukah kamu tahu apakah KUNCI yang akan membuka PINTU HATI anda?


Jika mahu tahu... Teruskan membaca... ;)


Wahai Muslimin dan Muslimat yg dikasihi,

Baca dialog di bawah..

Dialog 1
Eh mat! Aku dah lama kawan ngan ko ni. tak pernah aku tgok ko sembahyang. Ko jangan macam ni mat, kita ni beragama Islam. Wajib kita mengerjakannya.
Lalu mat pon menjawab, Oh.. Pintu hati aku masih belum terbuka lagi la nak buat benda2 baik ni.. Owg kata masih x sampai seru! Hehe

Dialog 2
Si ibu berkata "Nak, mak tgok kamu ni bila berpakaian seksi je memanjang, bila nak belajar menutup aurat nie. Tuhan wajibkan kita yg perempuan ni memelihara aurat, Hukumnya wajib.
Lalu anak pun jawab, Ala mak.. Hati sy x terbuka lagi la nak buat benda2 camtu. Mak dulu pun masa muda2 xkn x pernah pakai seksi kot. Bila tiba masanya, sy pun akan jadi mcm mak. Mak doakan sy la. :)

Dapat disimpulkan dari Kedua-dua crita di atas bahawa Mat dan Gadis tersebut tergolong di kalangan mereka2 yg tertutup pintu hatinya utk kerjakan perintah Allah.

Pintu hati tertutup?

Dan apakah jalannya agar pintu hati kamu terbuka?

Wahai Muslimin dan Muslimat yg dikasihi,

Jika kamu tidak mahu terus menerus hidup dalam kesesatan,
Jika kamu tidak mahu terus menerus tertipu dengan bisikan syaitan,
Jika kamu tidak mahu terus menerus hidup dalam kejahilan...

Maka dengarlah nasihat daripada sy yg bukan ustaz mahupun orang2 yg pro berkaitan hal agama.
Kefahaman agama bukan hanya untuk para ustaz dan para2 yg seangkatan dengannya tetapi utk semua yg beragama Islam.
Tidak kira siapapun ustaz itu, ataupun pemberi ingatan itu..
Kamu kena ketahui 1 perkara yakni...

Segala apa yg mereka sampaikan harus berpandukan mesej dari Allah.
Dan mesej2 tersebut adalah Al-Quran dan As Sunnah..

Apa-apa hal sekalipun yg mereka bicarakan yg berkaitan dgn agama, mereka semua harus berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Jika tidak mereka dikira sesat!

Rasulullah saw bersabda :
"Wahai manusia! Dengarkanlah kata-kata saya dengan cermat dan fikirkanlah.Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian dua hal penting,yang satu adalah Kitab Allah dan yang lainnya adalah Sunnah saya. Apabila kamu taat kepada kedua-duanya, maka kamu tidak akan pernah sesat selama-lamanya. "

Firman Allah SWT :
(17) Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Surah Al-Qamar)

Okay...

Sy cuma seorang muslim dan Tuhan telah mewajibkan para muslim utk sentiasa memberikan peringatan kepada sesama kita.

Kita teruskan...

You can't cross the sea merely by standing and staring at the water.”
(Rabindranath Tagore quotes)

Apa yg anda faham? Ok malas cite panjang2..
Makna tersirat di sebalik quote tu ialah anda perlu berusaha utk menghasilkan sesuatu.
Sepetimana ayat di atas, Kita takkan dapat merentasi lautan dengan hanya berdiri dan merenung pada air itu.
(Lebih kurang la =.=')

Senang cite makanan takkan masuk ke mulut kita, kalau kita x berusaha memasukkannya.
Eh! orang lain boleh tolong suap pe?
Yela, hehe.. Dalam hal agama,Perumpaannya seperti org lain yg berdakwah memberikan peringatan tuhan kepada anda la.

Eh! itu bukan kata2 dari Al-Quran dan Hadis tu... Kau ni nak sesatkan orang ke?
Haahaha.. Rilek dulu der... ;)

Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri (Haa.. Ini dipetik dari Quran)

Jika anda mahu pintu hati anda dibuka.. Anda harus berusaha membuka pintu hati tersebut.
Bagaimanakah caranya?

Caranya ialah....

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata " ..... Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu...

Jadi bertanyalah diri kamu,
Jika kamu rasakan pintu hati masih belum dibuka,
ada tak kamu mendekati Allah dan meminta agar diberikan hidayat?

Dan jika kamu terus menerus lalai daripada mengingati Allah, rasa-rasanya Tuhan nak berikan hidayah tak?

Dan jika kamu terus menerus mengejar keseronokan dunia, melakukan masiat tanpa rasa bersalah, rasa-rasanya tuhan nak berikan hidayah tak?

Mcmne nak bagi sebab kamu tak minta dan tak berusaha mendekati-Nya.
Sebaliknya kamu terus menerus meninggalkan perintahnya dan melakukan larangan-Nya.

Nak tahu tak apa dia KUNCI utk buka pintu hati..?
Ataupun penyebab yg boleh menjadikan kecelikan mata hati kamu yg buta.

Nak tahu tak pe dia?

(20) Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
(Surah Al-Jathiyah)

(57) Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Yunus)

(9) Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata,kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas,lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
(Surah Al-Hadid)

(20) Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
(Surah Al-Jathiyah)

(52) Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
(Surah Al-Qalam)


(80) Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu
mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).
(Surah An-Naml)

Bila diberikan peringatan dengan ayat-ayat Al-Quran ada x menyahut seruan ataupun anda hanya berpaling?
Jangan tanya kenapa la kalau tak dibukakan pintu hati =.='

Kamu kena memohon doa meminta hidayah dan menyahut seruan Allah !

(186)Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah)


Dan Seruan Allah ialah Al-Quran!

Apa Istimewanya Al-Quran?
Al-Quran datangnya dari Tuhan yg telah menciptakan segala-galaNya.
Al-Quran adalah MESEJ dari Allah.

Sudahkah kamu bacanya? X faham bahasa Arab?

Bagi yg tidak tahu, Ayat-ayat Surah kat atas tu ayat Al-Quran la tu.. Terjemahan bahasa melayu.
Baca la, kalo nak dibukakan pintu hati. Ayat2 Al-Quran perghhhh!!! Terbaik...


Memang tiada tandingan kerana Al-Quran datangnya dari PENCIPTA SEKALIAN ALAM!
Apapun, jika baca tak faham.. Rujuk Ustaz !...

Firman Allah SWT :
(23) Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(24) Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
(Surah Al-Baqarah)

(12) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
(Surah 'Abasa)


Ada juga ayat quran lebih kurang begini maksudnya, Al-Quran ini tidak lain adalah khabar gembira bagi orang-orang beriman dan Amaran bagi mereka yg ingkar.
(Lupa pada surah pe. oh! =.=')

Haa... Ini dia amaran dari Allah...

(179) “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah Al A’raaf)

Errr...

Iblis berkata kepada Tuhannya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa."

Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar".
(HR. Ahmad)

Whatever has to be done, It's always our choice! ;)

2 comments:

  1. Assalammualaikum...

    Tersentuh hati saya membaca entri ni. Saya bukanlah umat yg melakukan setiap amalan suruhanNya. Sejak bulan Ramadhan ni,rakan2 di tempat kerja selalu share hal2 berkaitan agama. Mereka rajin mengajak saya solat bersama. Alhamdulillah,saya masih melakukannya sehingga kini.

    Cuma...saya nk bertanyakan soal pintu hati. Sejak kebelakangan ni,saya kerap mencuba memakai tudung sebelum tidur. Saya juga sering google fesyen muslimah dan blog2 yg menjual tudung. Terasa cantik bila bertudung tapi...saya tak pasti samada adakah saya bersedia atau tidak. Saya buntu. Apakah saya telah mendapat hidayah? Ataupun Tuhan sedang menguji saya? Ataupun, memang benar Tuhan sedang cuba membantu saya?

    Saya tidak dapat menilai tahap keimanan saya. Apa yang saya tahu, saya tertarik dengan imej bertudung cuma...kurang pasti adakah saya cukup bersedia.

    Harap Saudara/saudari boleh membantu.

    ReplyDelete
  2. W.salam

    saudari sepatutnya menutup aurat kerana ianya perintah Allah.
    Bukan kerana terasa cantik bila bertudung atau tertarik dgn imej bertudung.
    harap saudari boleh faham drpd sesi soal-jawab di bwh..

    Soalan :Kenapa kena tutup aurat?

    Jawab : Ianya perintah dari Allah.

    Soalan : Kenapa kena ikut perintah dari Allah?

    Jawab : Kerana Allah ialah pencipta diri kita dan orang2 yg kita sayang,
    pencipta bumi tempat tinggal kita, pencipta oksigen sumber pernafasan kita,
    pencipta sumber makan dan minum kita dan jantung kita terus berdegup kerana Allah izinkan. Kalau jantung tu berhenti berdegup maka kita pun "Game Over".

    Kita ikut perintah Allah (Solat,tutup aurat, jaga akhlak) kerana itulah cara kita berterima kasih kpdNya kerana telah berikan kita peluang merasai kehidupan di dunia ini dan izinkan kita terus hidup pada hari ini.

    Kalau jantung kita berhenti berdegup maka teruslah kita diam x bernyawa.

    Kalau camtu, x boleh lah kita berseronok-seronok lagi kan?

    Soalan : Tutup aurat tak semestinya baik. Sy tgok byk je yg tutup aurat tp perangai teruk.

    Jawab : Baiklah. Mungkin kamu baik. Perangai pun baik. Jadi kamu hendak gunakan alasan itu di hadapan Allah kelak?

    Kamu nak kata, sy tak mahu ikut perintah Allah agar menutup aurat kerana sy tgok orang2 yg tutup aurat bukannya baik pun?

    Ok. Gunakanlah alasan itu.

    Tp kalau nak tahu, Perintah Allah tiada kena mengena dgn sikap2 manusia2 yg pelbagai di dunia ini.
    Manusia boleh buat dosa biarpun mereka menutup aurat kerana manusia ialah orang2 yg DIuji .

    Perintah Allah ialah perintah Allah dan Sikap manusia ialah sikap manusia.


    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=104030176411437

    ReplyDelete